04 August 2010
Mengapa Tesco Perlu Diboikot?
Seperti yang tersebar di internet, "TESCO" mendapat namanya daripada nama isteri pengasas TESCO bernama "Tessa Cohen".
TESCO adalah sebuah syarikat British yang diasaskan oleh Jack Cohen dalam tahun 1919. Menurut sumber-sumber artikel dari luar negara termasuk dari laman web TESCO sendiri, nama "TESCO" wujud apabila Jack Cohen membeli teh daripada T.E. Stockwell dalam tahun 1924 dan kemudiannya melabel semula produk teh tersebut menggunakan gabungan nama T.E. Stockwell (TES) dan Cohen (Co).
Ini bermakna, nama TESCO bukanlah diambil dari nama "Tessa Cohen". Selain itu, fakta dari sumber-sumber artikel ini juga mengatakan bahawa Jack Cohen sebenarnya tidak pernah berkahwin dengan wanita bernama "Tessa Cohen". Nama isteri beliau ialah Sarah Cox.
Sumber :
http://www.tescoplc.com/plc/about_us/tesco_story/
http://en.wikipedia.org/wiki/Tesco
http://en.wikipedia.org/wiki/Jack_Cohen_(Tesco)
http://www.barnetwalks.co.uk/barnet-areas/burnt-oak.php
http://www.worldretailcongress.com/page.cfm/action=Archive/ArchiveID=1/EntryID=39
JADI, TESCO BUKAN SEBUAH SYARIKAT YAHUDI?
Usaha memboikot yang berlangsung di seluruh dunia tidak memboikot kaum Yahudi secara keseluruhannya. Satu perkara penting yang harus kita ingat - Bukan semua orang Yahudi itu jahat. Bukan semua daripada mereka menyokong atau memberi bantuan kepada rejim Zionis.
Jack Cohen (dari UK) adalah anak kepada seorang imigran Yahudi Poland. Sejauh mana mereka sekeluarga menyokong atau terlibat membantu rejim Zionis & Israel pada waktu itu tidaklah diketahui (oleh pihak kami setakat ini). Jack Cohen meninggal dunia dalam tahun 1979.
Sumber :
http://www.worldretailcongress.com/page.cfm/action=Archive/ArchiveID=1/EntryID=39
http://en.wikipedia.org/wiki/Jack_Cohen_(Tesco)
HUBUNGAN PEWARIS TESCO/JACK COHEN DENGAN ISRAEL
Hubungan serta sumbangan yang diberikan oleh Dame Shirley Porter (pewaris TESCO/Jack Cohen) kepada Israel adalah amat besar sekali. Salah satu sumbangan terbesar beliau bersama suami, Sir Leslie Porter (meninggal dunia pada tahun 2005) ialah menubuhkan "The Porter School of Environmental Studies (PSES)" di Universiti Tel Aviv, Israel. Kedua-dua mereka adalah penyokong Zionis yang aktif.
Sumber :
http://www.environment.tau.ac.il/pageENG.asp?catID=78
http://www.friendsandrelations.com/html/detail.php/id/75/relations/leslie_porter.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Shirley_Porter
*Klik atas gambar untuk besarkan saiz gambar.
(Sumber : http://www.jewishfederations.org/page.aspx?id=186199)
Selepas Dame Shirley Porter terlibat dalam skandal berkaitan politik di United Kingdom, beliau dan suami, Sir Leslie Porter berpindah ke Israel dalam tahun 1994.
Sumber :
http://en.wikipedia.org/wiki/Shirley_Porter
http://www.friendsandrelations.com/html/detail.php/id/75/relations/leslie_porter.html
http://www.independent.co.uk/news/uk/politics/biography-of-shirley-porter-lays-bare-her-abuse-of-power-471040.html
http://www.independent.co.uk/news/uk/politics/shirley-porter-has-found-sanctuary-in-israel-but-the-bloodhounds-of-westminster-city-council-are-closing-in-601793.html
Dame Shirley Porter lahir pada 29 November 1930 dan kini berusia 80 tahun. Sebagai pewaris TESCO/Jack Cohen serta seorang penyokong Zionis, tidak diketahui bagaimana dan ke mana harta kekayaan beliau akan disalurkan selepas kematian beliau kelak.
Tetapi sehingga itu, dalam keadaan kita mengetahui bahawa pewaris TESCO menyokong Israel & Zionis, marilah kita sama-sama fikirkan : BERBALOIKAH KITA MENYOKONG TESCO?
* SEMUA INFO YANG TERTERA ADALAH DIANGGAP SAH DAN BENAR JIKA TIADA BANGKANGAN ATAU PENJELASAN DARIPADA MANA-MANA PIHAK. KAMI BERSEDIA MENGELUARKAN TESCO DARI SENARAI JIKA TERBUKTI IA TIDAK BENAR.
********************
Artikel Oleh :
Kempen Boikot Demi Palestin
Sumber Rujukan :
http://www.tescoplc.com/plc/about_us/tesco_story/
http://en.wikipedia.org/wiki/Tesco
http://en.wikipedia.org/wiki/Jack_Cohen_(Tesco)
http://www.barnetwalks.co.uk/barnet-areas/burnt-oak.php
http://www.worldretailcongress.com/page.cfm/action=Archive/ArchiveID=1/EntryID=39
http://www.environment.tau.ac.il/pageENG.asp?catID=78
http://www.friendsandrelations.com/html/detail.php/id/75/relations/leslie_porter.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Shirley_Porter
http://www.jewishfederations.org/page.aspx?id=186199
http://www.friendsandrelations.com/html/detail.php/id/75/relations/leslie_porter.html
http://www.independent.co.uk/news/uk/politics/biography-of-shirley-porter-lays-bare-her-abuse-of-power-471040.html
http://www.independent.co.uk/news/uk/politics/shirley-porter-has-found-sanctuary-in-israel-but-the-bloodhounds-of-westminster-city-council-are-closing-in-601793.html
Subscribe to:
Posts (Atom)