18 June 2010

Kempen Boikot Demi Palestin

Misi utama adalah untuk membantu Palestin.

"Kempen Boikot Demi Palestin" dimulakan dengan harapan lebih ramai yang akan memulakan langkah awal memboikot barangan, jenama dan syarikat-syarikat yang menyokong Israel.

Matlamat kempen ini ialah memberi informasi mengenai perkara-perkara yang berkaitan seperti berikut :

(a) Syarikat yang membuat dan mempunyai pelaburan besar di Israel.

(b) Syarikat yang menyokong Israel melalui badan-badan pengurusan/kutipan dana Yahudi yang mana dana tersebut digunakan pula untuk pembangunan dan kemakmuran Israel.

(c) Syarikat yang menaja program-program anjuran Israel seperti majlis penganugerahan dan sebagainya.

Perlu ditegaskan di sini bahawa kempen ini diwujudkan BUKAN untuk memboikot Yahudi secara keseluruhannya, tetapi memboikot ISRAEL.

Kempen Boikot Demi Palestin tidak memaksa pengguna untuk memboikot produk, jenama dan syarikat-syarikat yang berkenaan.

Kempen ini memberi informasi-informasi yang dinyatakan di atas, namun hak kepenggunaan adalah terletak di tangan pembeli/pengguna.

Kita sudah sedia maklum, sungguhpun kempen memboikot Israel ini telah lama wujud di seluruh dunia, ramai daripada kita tidak mengendahkannya sedangkan terdapat alternatif bagi produk-produk tersebut. Tahun demi tahun berlalu, kita masih belum mengambil sebarang inisiatif untuk melaksanakannya.

Sehubungan itu, KEMPEN BOIKOT DEMI PALESTIN diwujudkan dan buat julung kalinya akan berlangsung selama SATU BULAN bermula dari 1 JULAI 2010 - 31 JULAI 2010.

Ya, SATU bulan sahaja! Tidak mungkin ia seberat mana untuk kita laksanakan!

Usaha ini diharapkan dapat memberi peluang dalam melatih keprihatinan kita terhadap usaha menghapuskan kekejaman dan penindasan Zionis ke atas Palestin.

Kami tidak memaksa anda menyertai kempen boikot ini tetapi penglibatan anda adalah amat besar maknanya bagi membantu saudara-saudara kita yang tertindas di Palestin. DEMI PALESTIN.

Kami tahu ianya sukar. Jadi, mari kita bertatih dahulu. Mari kita mulakan perjalanan langkah demi langkah. Dengan semangat yang ada, usaha memboikot SATU bulan mungkin boleh dilanjutkan lagi di masa hadapan. AMIN!

Misi ini amat penting setelah apa yang dilakukan oleh Israel terhadap Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

Ingat, SATU BULAN sahaja tempohnya! Mustahil kita tidak mampu melakukannya!

Tugas penting anda ialah menyebarkan maklumat mengenai kempen ini agar lebih ramai yang akan menyertainya.

Kami mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan anda. Bagi anda yang mengambil keputusan untuk menyertai kempen boikot bulan Julai ini, syabas kami ucapkan!


SELAMAT BERJUANG KEPADA KITA SEMUA!!


~ Kongsikan informasi mengenai alternatif produk di "Discussion Board" Facebook dan di blog ini.

~ Hebahkan usaha ini di laman web, blog, pejabat atau kawasan kejiranan anda. Anda boleh menggunakan gambar atau mini poster kami.


Mohon rujuk sidebar di sebelah kanan blog ini bagi mendapatkan maklumat mengenai produk-produk yang perlu diboikot serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment