26 June 2010

Mengapa Starbucks Perlu Diboikot?











Berikut adalah di antara sebab mengapa STARBUCKS perlu diboikot:


(a) Status CEO Starbucks Sebagai Seorang Zionis

CEO Starbucks iaitu Howard Schultz dikatakan seorang Zionis. Melalui ucapan penuh semangat di Capitol Hill, Seattle (USA) pada tahun 2002, Howard Schultz telah mengecam bangsa Yahudi yang tidak mempedulikan masalah anti-Yahudi yang kian memuncak.

Berikut ialah petikan laporan artikel oleh Elisa Hahn, wartawan King 5 (agensi media & berita Seattle) pada bulan April 2002 mengenai ucapan Howard Schultz :

"If you leave this synagogue tonight and go back to your home and ignore this, then shame on us," Howard Schultz told a crowded temple of Jewish Americans on Seattle's Capitol Hill.

Schultz warned other Jews against sitting back and doing nothing.

"What is going on in the Middle East is not an isolated part of the world. The rise of anti-Semitism is at an all time high since the 1930's," he said.

"The Palestinians aren't doing their job they're not stopping terrorism."



Nota :

Link asal petikan di atas iaitu http://www.king5.com/localnews/NW_040402WABschultz.43d45a4b.html tidak boleh lagi diakses. Pun begitu salinannya boleh didapati dari http://www.inminds.com/boycott-starbucks.html.

Links rujukan lain :

http://www.nowlebanon.com/NewsArchiveDetails.aspx?ID=85813
(How Zionist Is Starbucks?)

http://www.jerusalemites.org/articles/english/2006/September/06.htm
(Starbucks distancing itself from Israel?)


(b) Pengiktirafan Oleh Badan Yahudi Pro-Israel

Pada tahun 1998, Howard Schultz telah diberi pengiktirafan oleh The Jerusalem Fund of Aish HaTorah melalui "The Israel 50th Anniversary Tribute Award". Starbucks pernah meletakkan info pengiktirafan tersebut di laman web mereka, namun info tersebut telah dipadam. Berikut adalah imej asal dari laman web Starbucks (diambil dari http://www.inminds.com/boycott-starbucks.html).

























Howards Schultz juga dikatakan pernah menyumbang dana kepada The Jewish National Fund, tetapi info tersebut turut dipadam dari laman web mereka.

Biar pun tiada lagi bukti di laman web Starbucks, bukan bermakna tiada saksi yang pernah membaca atau tahu mengenainya. Sebagai contoh dalam kes Bahaa Al Kayyali, pelajar universiti yang aktif dalam gerakan memboikot Israel di Lubnan. Beliau sendiri pernah membaca info tersebut di laman web Starbucks sebelum ia dipadam :

Statements have disappeared from the website before, according to Bahaa Al Kayyali, who says that Schultz made donations to the charity the Jewish National Fund, and that this used to be posted on the website. "I've seen it myself, a lot of people did, even the professors that started the boycott campaign. Like two years ago when Starbucks got affected a lot in the Middle East, they took off all the posts and articles about sending donations to Israel," said Al Kayyali. (Sumber : http://www.nowlebanon.com/NewsArchiveDetails.aspx?ID=85813)

Info mengenai pengiktirafan oleh The Jerusalem Fund of Aish HaTorah juga boleh diperolehi daripada artikel-artikel lain di internet, antaranya :

http://www.independent.co.uk/news/world/middle-east/starbucks-the-target-of-arab-boycott-for-its-growing-links-to-israel-749289.html

http://www.muslimnews.co.uk/paper/index.php?article=3671

http://www.servinghistory.com/topics/Howard_Schultz::sub::Awards

http://www.manager-job.com/howard-schultz-chairman-and-ceo-of-starbucks


Nota :

Di antara misi dan projek Aish HaTorah ialah mewujudkan Hasbara Fellowships melalui Aish International. Hasbara Fellowships ditubuhkan pada tahun 2001 dengan matlamat melatih pelajar-pelajar universiti bagi menjadi aktivis pro-Israel di kampus masing-masing. (Sumber : http://www.israelactivism.com/aboutus)

Malah, Hasbara Fellowships ditubuhkan atas permintaan Israel Foreign Minister sendiri! (Sumber : http://israel.aish.com/progsisrael)

*KLIK GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH BESAR*



























Berikut pula ialah bukti Binyamin Netanyahu memuji usaha Aish HaTorah dan menyokong mereka (Sumber : http://www.aish.org.au/aish_international.html) :

*KLIK GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH BESAR*



























(c) Sokongan Tidak Berbelah Bahagi Starbucks Terhadap Pasukan Tentera Amerika

Starbucks begitu bimbang dan mengambil berat mengenai tohmahan yang mengatakan bahawa sokongan mereka (Starbucks) terhadap pasukan tentera Amerika semakin berkurangan.

Starbucks menafikan segala tohmahan yang dilemparkan, malah mengakui bahawa dalam tahun 2009 sahaja, mereka telah membekalkan 71,000 paun kopi untuk diedarkan kepada pasukan tentera Amerika di Afghanistan, Iraq dan Kuwait! (Sumber : http://news.starbucks.com/article_display.cfm?article_id=198)

*KLIK GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH BESAR*



















Starbucks mempunyai cawangan di serata negara Malaysia. Rakyat Malaysia mempunyai pelbagai sebab mengunjungi Starbucks, mungkin kerana produk makanan dan kopinya atau mungkin juga kerana modern lifestyle.

Apa pun jua alasannya - Ketika kita mahu menjejakkan kaki memasuki mana-mana cawangan Starbucks, fikirkan : BERBALOIKAH?

Apakah selera makan dan lifestyle kita jauh lebih penting berbanding maruah agama dan kemanusiaan?


* SUMBER UTAMA ARTIKEL INI IALAH LAMAN WEB INMINDS. SEMUA INFO YANG TERTERA ADALAH DIANGGAP SAH DAN BENAR JIKA TIADA BANGKANGAN ATAU PENJELASAN DARIPADA MANA-MANA PIHAK. KAMI BERSEDIA MENGELUARKAN STARBUCKS DARI SENARAI JIKA TERBUKTI IA TIDAK BENAR.


********************

Artikel Oleh :
Kempen Boikot Demi Palestin

Sumber Rujukan :
http://www.inminds.com/boycott-starbucks.html
http://www.starbucks.com
http://www.aish.com
http://www.israelactivism.com
http://israel.aish.com/progsisrael
http://www.aish.org.au/aish_international.html
http://en.wikipedia.org
http://www.nowlebanon.com/NewsArchiveDetails.aspx?ID=85813
http://www.jerusalemites.org/articles/english/2006/September/06.htm
http://www.muslimnews.co.uk/paper/index.php?article=3671
http://www.servinghistory.com/topics/Howard_Schultz::sub::Awards
http://www.manager-job.com/howard-schultz-chairman-and-ceo-of-starbucks
http://www.independent.co.uk/news/world/middle-east/starbucks-the-target-of-arab-boycott-for-its-growing-links-to-israel-749289.html


Anda dijemput membincangkan mengenai produk-produk alternatif bagi Starbucks pada ruangan komen di bawah. Terima kasih di atas perkongsian anda.





No comments:

Post a Comment