09 June 2010

Senarai NGO

Berikut adalah beberapa NGO penting yang terlibat dengan aktiviti dan program yang melibatkan isu Palestin :


HALUAN PALESTIN

HALUAN Palestin adalah satu usaha Biro Pemuda HALUAN Malaysia untuk memperjuangkan kebebasan Palestin daripada pencerobohan dan kekejaman rejim zionis Israel. Objektif HALUAN Palestin ialah bagi "membangkitkan semangat rakyat Malaysia agar mengambil berat terhadap perjuangan bangsa Palestin meraih kemerdekaan, khususnya dalam menjaga kesucian Masjid Al-Aqsha."

(Sumber : HALUAN Palestin)

Untuk maklumat lanjut mengenai HALUAN Palestin, mohon layari :
http://www.haluanpalestin.haluan.org.my/


AQSA SYARIF

Aqsa Syarif yang membawa maksud "Masjid Yang Dimuliakan" berjuang atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. Aqsa Syarif menyumbang tenaga dan fikiran untuk kebaikan Palestin dan dunia secara amnya.

(Sumber : Aqsa Syarif)

Untuk maklumat lanjut mengenai Aqsa Syarif, mohon layari :
http://www.aqsasyarif.com/


PACE MALAYSIA

Palestine Centre for Excellence (PACE) atau dalam bahasa Melayunya Pusat Kecemerlangan Palestin ditubuhkan oleh JIM International. PACE menjalankan kajian strategik dan futuristik terhadap isu umat Islam di Palestin dan Timur Tengah serta memberi penekanan kepada isu Palestin. Visi PACE - "Pusat kecemerlangan & penyelidikan demi pembebasan Bumi Palestin."

(Sumber : PACE)

Untuk maklumat lanjut mengenai PACE, mohon layari :
http://pacemalaysia.net/


*Senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa*






2 comments:

  1. Ada satu lagi NGO yang sangat aktif membantu Palestin & mempunyai pejabat pengurusan di Gaza, iaitu Aman Palestin.

    ReplyDelete
  2. Tabung Bantuan melalui Aman Palestin Berhad, Maybank 562263010787, BIMB 12029010047880. Terima kasih.

    ReplyDelete