16 June 2010

Mengapa McDonald's Perlu Diboikot?


PETIKAN DARI LAMAN WEB INMINDS :
"Menurut Chicago Jewish Community Online iaitu laman web rasmi Jewish United Fund of Metropolitan Chicago (JUF), McDonalds Corporation adalah rakan korporat utama Jewish United Fund & Jewish Federation (2002). Melalui Israel Commission, JUF membantu ketenteraan Amerika, ekonomi dan memberi sokongan diplomatik kepada Israel."

NOTA :

(a) Menurut update terkini yang dibuat oleh pihak INMINDS dalam bulan Julai 2009, JUF telah mengeluarkan semua senarai penaja dan rakan korporat dari laman web mereka.

(b) Jack M Greenberg yang disebut dalam artikel kajian INMINDS yang terdahulu bagi produk McDonald's (http://www.inminds.co.uk/boycott-mcdonalds.html) bukan lagi Chairman dan CEO McDonald's.

Pun begitu menurut INMINDS, Chairman McDonald's yang baharu iaitu Andrew J. McKenna juga adalah Director Aon Corporation* dan Skyline Corporation. Info mengenai Andrew J. McKenna boleh dibaca di SINI.

* Aon Corporation dinyatakan sebagai salah satu rakan penaja korporat JUF.


Berikut adalah rakan penaja korporat Jewish United Fund of Metropolitan Chicago (JUF) yang pernah diletakkan di laman web JUF (rujukan dari http://www.inminds.com/boycott-mcdonalds.php)




Nota Tambahan :

(a) Senarai di atas telah pun dikeluarkan dari laman web JUF. Bagaimanapun, ia masih boleh diekses melalui ARKIB INI.

(b) Jika anda klik pada link arkib yang diberikan, nama Aon Corporation tiada di dalam senarai. Pun begitu di dalam imej rujukan yang diambil dari laman web INMINDS, nama Aon Corporation ada di dalam senarai. Bagaimana perkara ini berlaku bukan lagi persoalannya. Persoalannya ialah McDonald's turut tersenarai!


Memboikot syarikat yang membantu Israel adalah hak dan tanggungjawab kita. Baik, mari kita fikirkan bersama :

(a) Kita yakin McDonald's Malaysia tidak menyokong Israel. Tetapi, adakah mereka membayar yuran francais atau sebarang bentuk bayaran lain? Jika ya, maka kepada siapa bayaran itu dibuat? Jawapan : ......?

(b) Kita kasihan melihat anak-anak remaja kita kehilangan pekerjaan jika kita memboikot McDonald's. Tetapi, adakah terlalu berat masalah tersebut berbanding masalah yang dihadapi oleh anak-anak remaja Palestin? Jawapan : ......?

Alternatif pekerjaan ada di mana-mana. Itu hakikatnya!


* SEMUA INFO YANG DIAMBIL DARI INNOVATIVE MIND ADALAH DIANGGAP SAH DAN BENAR JIKA TIADA BANGKANGAN ATAU PENJELASAN DARIPADA MANA-MANA PIHAK. KAMI BERSEDIA MENGELUARKAN MCDONALD'S DARI SENARAI JIKA TERBUKTI IA TIDAK BENAR.

UNTUK PENERANGAN LEBIH TERPERINCI BERSERTA RUJUKAN TERKINI OLEH INMINDS BAGI PRODUK McDONALD'S, MOHON KLIK SINI.


********************

Artikel Oleh :
Kempen Boikot Demi Palestin

Dengan Sumber Rujukan :
http://www.inminds.com/boycott-mcdonalds.php
http://www.aboutmcdonalds.com/mcd/investors/corporate_governance/board_of_directors.html
http://web.archive.org/web/20020208120848/http://juf.org/cent/partners.asp


Anda dijemput membincangkan mengenai produk-produk alternatif bagi McDonald's pada ruangan komen di bawah. Terima kasih di atas perkongsian anda.


1 comment:

  1. OBLONG boleh menggantikan Prosperity Burger. Prosperity Burger memang sedap. Tetapi adakah berbaloi?

    ReplyDelete