17 June 2010

Nota Tambahan Kempen Boikot Demi Palestin

INFORMASI BOIKOT :

(a) Misi utama adalah untuk membantu Palestin. Cara mudah untuk membantu Palestin ialah dengan memboikot barangan serta syarikat/organisasi yang menyokong dan memberi keuntungan kepada Israel.

(b) Kita mempunyai hak serta kuasa dalam memilih dan membeli barang. Gunakan hak dan kuasa itu sebaiknya, juga seperti yang sepatutnya.

(c) Boikot Israel tidak bermaksud boikot Yahudi secara keseluruhannya. Ramai orang Yahudi tidak menyokong kezaliman Israel ke atas Palestin. Kita dapat melihat sendiri bagaimana mereka turut memprotes tindakan Israel apabila Israel melumpuhkan misi Flotilla ke Gaza baru-baru ini.

(d) Usaha boikot yang dijalankan di seluruh dunia disokong oleh para ulama'. Di antaranya ialah Sheikh Yusuf Al-Qaradawi - "Each riyal, dirham, etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression."

(e) Pihak Innovative Minds (inminds.com) telah menjalankan kajian sebelum mendedahkan senarai barangan/organisasi untuk diboikot. Setiap produk/organisasi yang disenaraikan di laman web mereka disertakan juga hujah dan maklumat kajian mereka. Untuk membacanya, klik gambar-gambar jenama di laman web mereka ini - http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html.

(f) Jangan lihat usaha memboikot ini secara negatif di mana mungkin ramai yang akan kehilangan pekerjaan. Tetapi lihatlah ia dari sudut positif di mana usaha ini akan menjadikan umat Islam lebih kreatif dan berinovatif. Sebagai contoh, wujudnya ZamZam Cola dan Radix Fried Chicken. Ini bermakna, usaha boikot ini bukan hanya akan melahirkan barangan alternatif, tetapi juga pekerjaan alternatif.

PERCAYALAH. USAHA MEMBOIKOT BARANGAN DAN ORGANISASI YANG MENYUMBANG KEPADA KEZALIMAN ISRAEL BOLEH MELUMPUHKAN MEREKA. SUDAH BANYAK ORGANISASI TERKESAN DARINYA!


RUJUKAN KAMI :

Sumber rujukan utama blog Kempen Boikot Demi Palestin ini ialah laman web Innovative Minds serta lain-lain laman web yang berkenaan, bergantung kepada artikel yang ditulis.


NOTA :

~ Memboikot di sini tidak bermakna perlu membuang telefon bimbit jenama Nokia sedia ada atau membuang barang-barang yang telah pun dibeli. Ia lebih kepada memperingatkan diri sendiri agar tidak membeli produk yang sama di masa hadapan!

~ Mohon maklum kepada kami dan kongsikan bersama rakan-rakan lain di sini jika ada produk yang disenaraikan tidak perlu lagi diboikot. Kami akan segera mengeluarkannya dari senarai. Sehingga itu, semua maklumat di sini akan dianggap sah kerana maklumatnya diambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai kesahihannya.


Selagi terdapat alternatif, gunakan alternatif itu!

No comments:

Post a Comment