17 June 2010

Mengapa Nestlé Perlu DiBoikot?


Produk Nestlé berasal dari Switzerland dan diambil namanya daripada Henri Nestlé.

Nestlé mempunyai pusat Research & Development (R&D) mereka sendiri di serata dunia, antaranya Switzerland, Germany, United Kingdom, Singapura dan ISRAEL. Malah, pusat R&D Nestlé adalah yang terbesar di dunia (dalam pemakanan dan nutrisi).

Pada tahun 2002, Nestlé telah membuka pusat R&D mereka di Sderot, Israel yang memberi fokus kepada cereal snacks (makanan bijirin). Pusat R&D mereka di Sderot juga banyak membantu pasaran Nestlé di Israel.

"It has strong links with, and provides close support for, the Israeli market."

(Sumber : http://www.nestle.com/NestleResearch/GlobalRnD/AOA/AOA.htm)





Pusat R&D Nestlé di Sderot, Israel


OSEM, salah sebuah syarikat produk pemakanan terbesar di Israel telah menandatangani perjanjian dengan Nestlé Group of Switzerland untuk memasarkan produk Nestlé di Israel. Mereka (Nestlé) juga adalah pemegang saham terbesar Osem iaitu sebanyak 50.1%!!

(Sumber : http://www.osem.co.il/Eng/_Articles/Article.asp?CategoryID=74&ArticleID=86)


Memboikot syarikat yang membantu Israel adalah hak dan tanggungjawab kita. Mari kita fikirkan bersama :

(a) Kita yakin Nestlé Malaysia tidak menyokong Israel. Tetapi, adakah Nestlé Switzerland mengaut keuntungan daripada Nestlé Malaysia? Jawapan : .............?

(b) Kita kasihan melihat rakyat kita kehilangan pekerjaan jika kita memboikot Nestlé. Tetapi, adakah terlalu berat masalah tersebut berbanding masalah yang dihadapi oleh rakyat Palestin? Jawapan : .............?

Alternatif pekerjaan ada di mana-mana. Itu hakikatnya!


Antara produk Nestlé yang terkenal di Malaysia :

Milo - Nescafé - Koko Krunch - Cookie Crisp - Cerelec - Nestum - Gerber - Fitness (Fitness & Fruit dll) - Corn Flakes - Cheerios - Nestum - Nesvita - Smarties - Crunch - Kit Kat - Coffee Mate - Neslac - Nespray - Häagen-Dazs - Drumstick (aiskrim) - Maggi - Buitoni - Perrier dan banyak lagi!!

Tidak susah mengenal pasti produk keluaran Nestlé kerana jenamanya jelas tertera di atas produk tersebut!


* SEMUA INFO YANG TERTERA ADALAH DIANGGAP SAH DAN BENAR JIKA TIADA BANGKANGAN ATAU PENJELASAN DARIPADA MANA-MANA PIHAK. KAMI BERSEDIA MENGELUARKAN NESTLé DARI SENARAI JIKA TERBUKTI IA TIDAK BENAR.


UNTUK PENERANGAN LEBIH TERPERINCI BERSERTA RUJUKAN OLEH INMINDS BAGI PRODUK NESTLE, MOHON KLIK SINI.


*******************

Artikel Oleh :
Kempen Boikot Demi Palestin

Dengan Sumber Rujukan :
http://www.inminds.com/boycott-nestle.html
http://www.nestle.com (Nestlé SA, Switzerland)
http://www.nestle.com.my (Nestlé Products Malaysia)
http://www.osem.co.il/Eng


Anda dijemput membincangkan mengenai produk-produk alternatif bagi Nestlé pada ruangan komen di bawah. Terima kasih di atas perkongsian anda.

0 comments:

Post a Comment